Ayizilvi’s Weblog

Uzumaki Naruto

Posted by: ayizilvi on: 30 Maret 2008

UZUMAKI NARUTO

Naruto dilahirkan pada 10 Oktober, tahunnya tidak diketahui. Asal usul ibu, bapak dan saudara maranya yang lain masih merupakan misteri. Sejak dilahirkan, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi no Yoko yang juga membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh ayahnya, Hokage Keempat. Ayah Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah yang mirip ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang yang tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.

Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto kerena Kyubi pernah mengusik ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui wujud makhluk tersebut dalam dirinya sampai dia mencecah usia dua belas tahun.

Uzumaki Kushina, ibu kepada Naruto.

Uzumaki Kushina, ibu Naruto.

Mujurlah Naruto, dia berpeluang mengenal seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi ia itu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun orang tua Iruka mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapaknya.

Personaliti

Sebelum tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan dirinya dikenali dan diterima oleh masyarakat. Dia akan bermain helah dan bersenda gurau di seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto mencoreng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan menggambar dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang memandang rendah terhadapnya bahaw dia akan menjadi Hokage suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam sebagai “Ninja Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nomor Satu” di Konoha oleh Hatake Kakashi.

Naruto dalam Kumpulan 7.

Naruto dalam Kumpulan 7.

Naruto gagal meyeru Gamabunta atau Raja Katak.

Naruto gagal meyeru Gamabunta atau Raja Katak.

Sikap gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya mempengaruhi watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto bersahabat dengan Konohamaru, cucu Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami bahaw yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak dekil dan sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik semata-mata.

Naruto suka bersenda gurau walaupun kadang kala gurauannya mengandung elemen lucah. Biasanya, Naruto sering bergelak ketawa dan senyum (pada setengah ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan masalahnya; hanya mereka yang benar-benar dekat dengannya yang bisa mengetahui perasaan Naruto yang sebenarnya). Dari segi luaran, Naruto hanyalah seorang budak yang tidak menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa kental dan selalu terlibat dalam masalah.

Salah satu daripada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak dapat membedakan herba dari rumpai (disiarkan dalam episod 20). Naruto juga menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh dilihat di tepi tingkap Kakashi.

Naruto mengunakan Rasengan.

Naruto mengunakan Rasengan.

Naruto juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan cerita tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori. Pakaian tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang mata dan gigi. Uangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang dipanggil Gama-chan.

Naruto suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan kegemaran Naruto ialah mie ramen yang seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara Naruto dengan siapa yang sudi membayar bir nanti. Dalam banyak episod, dilihat Naruto boleh menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.

Naruto dan Syaitan Serigala

Musang Berekor Sembilan.

Musang Berekor Sembilan.

Sebagai perumah bagi syaitan serigala, Kyubi, tubuh dan minda Naruto kadang kala dipengaruh olehnya. Secara fizikal, Naruto mempunyai sedikit ciri-ciri Kyubi seperti tanda misai di pipinya. Matanya juga sepet seperti serigala. Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi yang membolehkan Naruto sembuh dari cedera parah dalam sehari dua hari dan luka kecil dalam beberapa saat. Memandang Kyubi telah dikurung dalam Naruto sejak bayi adalah tidak diketahui sejauh mana personaliti Naruto dipengaruhi oleh Kyubi. Namun, terdapat kemungkinan bahawa Kyubi menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka mengenakan orang lain untuk mendapat perhatian dan kedegilannya untuk tidak mengaku kalah dalam mana-mana pertarungan.

Tahap chakra Naruto adalah sangat tinggi kerena Kyubi. Ebisu pernah menyatakan bahaw daya pengawalan chakra Naruto adalah lemah kerena sebagian chakranya digunakan untuk membendung chakra Kyubi yang terlalu kuat (chakra Kyubi yang luar biasa ini bisa membahayakan Naruto jika dibebaskan dengan terlalu banyak). Kakashi pun mengatakan bahaw kuantiti chakra Naruto adalah dua kali yang dipunyai oleh dirinya. Maka, Naruto amat sesuai mengendalikan jurus yang memerlukan banyak chakra seperti ‘Teknik Pengagihan Bayang’ (Kage Bunshin no Jutsu). Ninja lain dapat menghasilkan beberapa klon saja dengan sempurna kerana jurus ini mengkehendaki penggunanya membahagikan chakranya dengan tepat kepada klon-klon yang dihasilkan, berlainan dengan Naruto yang mampu menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama, membekalkan sejumlah chakra yang mencukupi kepada setiap klon.

Musang Berekor Sembilan mengawal badan Naruto.

Musang Berekor Sembilan mengawal badan Naruto.

Musang Berekor Sembilan di dalam badan Naruto.

Musang Berekor Sembilan di dalam badan Naruto.

Chakra Kyubi selalu menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi saat-saat genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat terus hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan meminta chakranya. Hal ini kerana walaupun Kyubi dikurung dalam badan Naruto, chakranya masih bisa mengalir keluar untuk bersebati dengan chakra Naruto. Tambahan pula, kuantiti chakra Kyubi yang hampir infiniti menyebabkan Kyubi merupakan senjata terunggul bagi Naruto dalam pertempuran yang sengit. Apabila Naruto mulai menggunakan chakra Kyubi, ketangkasan dan kekuatannya meningkat secara mendadak. Kadar kecederaannya pun turut meningkat. Oleh sebab staminanya telah bertambah berlipat ganda, Naruto bisa terus melawan tanpa berasa letih. Naruto biasanya boleh memendamkan chakra Kyubi sebelum transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, chakra Kyubi akan menjadi lebih nyata setiap masa. Beberapa kaedah boleh dilakukan untuk memendamkan semula chakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau teknik mengurung Yamato.

Awal mula Naruto menggunakan chakra Kyubi, Naruto belum mampu mengawalnya menyebabkan kemarahan menguasai minda Naruto. Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak chakra menyebabkan Kyubi menguasai dirinya semula.

Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.

Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.

Naruto menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor perisai chakra Kyubi . Sehingga pada ekor yang ketiga, Naruto masih sadar tetapi tindakannya lebih buas. Dia mulai merasakan kesakitan sebagai akibat kuantiti chakra yang terlalu besar. Apabila Naruto mencapai tahap ‘empat ekor’, Kyubi mendominasi. Minda Naruto bercampur dengan minda Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan perubahan ini, Naruto kelihatan seperti mini-Kyubi.

Chakra Kyubi jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra manusia biasa. Apabila Naruto menggunakan chakra Kyubi, tubuh asalnya menjadi kian lemah. Pada peringkat ‘empat ekor’, chakra Kyubi terlalu hebat sehingga mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir dari setiap liang roma. Sementara itu, chakra Kyubi sentiasa memulihkan semula tisu rosak Naruto. Kitar dicederakan-dan-dipulihkan-semula melemahkan Naruto dan secara ilmiahnya memendekkan jangka hidup Naruto.

Mau info lebih lanjut mengenai Naruto, lihat saja di alamat di bawah ini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Uzumaki_Naruto

Tinggalkan Balasan